Tindakan Sewajarnya Apabila Menerima Maklumat Salah dan Palsu

Salah satu peringatan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada orang ramai ialah agar jangan menyebar atau berkongsi maklumat salah atau palsu kepada orang lain.

Hal ini kerana, sebarang perkongsian maklumat yang salah atau bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika disabit kesalahan, anda boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Perkongsian maklumat salah dan palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998

Oleh sebab itu, kita haruslah bertindak bijak terutama ketika menerima maklumat salah dan palsu dengan segera melaporkan kepada SKMM sama ada melalui aplikasi WhatsApp di talian 016-220 6262 atau e-mel kepada mediasosial@mcmc.gov.my.

Selain itu, kita juga boleh membuat aduan di https://sebenarnya.my/salur/ yang telah dibangunkan oleh SKMM sebagai usaha untuk menangani penyebaran maklumat salah dan palsu di media sosial termasuk yang berkaitan dengan isu pandemik COVID-19.

Waspada Telegram dan kumpulan Whatsapp palsu menggunakan nama dan logo MKN (sumber gambar: Sebenarnya.my)

Bertindak bijak dengan tidak menyebarkan maklumat yang diragukan kesahihannya adalah satu perbuatan yang sangat wajar dan dituntut daripada semua golongan masyarakat di negara kita.

Kita perlu sedar tentang pentingnya untuk tidak menyebarkan apa-apa maklumat yang salah dan palsu kerana, perbuatan menyebar adalah mudah tetapi untuk menghentikan maklumat tersebut setelah ianya tersebar adalah sangat susah.

Bertindaklah bijak dengan tidak menyebarkan maklumat yang diragukan kesahihannya

Jadi, untuk mengelak daripada berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini, kita harus berusaha mencegah perbuatan menyebar atau berkongsi maklumat salah dan palsu itu.

Pada saat kita berdepan dengan situasi pandemik COVID-19 di negara kita, telah wujudnya lambakan maklumat salah dan palsu yang tersebar di media sosial.

Terlalu banyak fakta yang salah bahkan sengaja disebarkan, misalnya mengenai vaksin COVID-19 yang merbahaya dan mampu memberi kesan buruk atau memudaratkan kesihatan penerima vaksin,  sehingga mencetuskan keraguan, kebimbangan serta salah faham dalam kalangan masyarakat.

SKMM telah banyak kali memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau media sosial kerana ia adalah satu jenayah.

Ketika ini, pihak SKMM sedang bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjejaki individu-individu yang terlibat dengan penyebaran maklumat salah atau palsu dan tindakan sewajarnya akan dikenakan mengikut lunas perundangan sedia ada.

Sebenarnya banyak maklumat berupa ingatan atau arahan benar dan sahih berkaitan COVID-19 disalurkan melalui media sosial, terutama daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pada masa yang sama, kita turut menerima limpahan maklumat mencurigakan sehingga tidak dapat membezakan sahih atau tidak sehinggakan sesetengah maklumat mengenai vaksin COVID-19 dianggap memberi kesan sampingan yang akhirnya menimbulkan keraguan.

Oleh itu, kita harus sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya bulat-bulat maklumat yang diterima, sebaliknya kita harus menyemak dahulu kesahihannya sebelum membuat sebarang pandangan atau kesimpulan mengenai isu berkenaan atau memanjangkan mesej berkenaan.

Beberapa aspek perlu dinilai sebelum sesuatu maklumat boleh dijadikan rujukan dan dikongsikan kepada orang lain

Di zaman moden dan serba canggih ini, kita terlalu terdedah dengan pelbagai teknologi terkini sehingga merasakan diri kita semakin bijak namun, sebaliknya kita harus menjadi masyarakat yang bijak bukan hanya dengan menguasai teknologi semata-mata tetapi juga bijak dalam bertindak.

Tidak salah untuk mendapatkan maklumat bersumberkan dari internet atau media-media sosial, namun ia harus dinilai kesahihannya terlebih dahulu sebelum menerima maklumat tersebut sebagai rujukan.

Tujuannya adalah bagi menjamin kesahihan sesuatu maklumat yang diperolehi selain memastikan ia adalah tepat dan benar agar dapat memberi manfaat kepada pihak lain yang bakal menerimanya.

Beberapa aspek perlu dinilai terlebih dahulu sebelum sesuatu maklumat yang diterima boleh dijadikan rujukan atau dikongsikan kepada orang lain, salah satunya ialah mengenal pasti fakta atau pendapat.

Fakta merupakan suatu maklumat yang tepat, sahih dan benar berdasarkan kepada kajian yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik.

Manakala, pendapat merujuk kepada pandangan seseorang atau pihak dalam sesuatu bidang perkara dan ianya tidak semestinya tepat, justeru kita perlu membuat perbandingan antara fakta dan pendapat dalam menilai sesuatu maklumat yang diterima.

Selain fakta dan pendapat, kita seharusnya menilai maklumat yang diterima sama ada ia adalah maklumat yang terkini ataupun maklumat yang sudah ‘lapok’.

Bagi menilai sama ada maklumat yang diperolehi adakah terkini, kita boleh menyemak tarikh penerbitan bahan tersebut serta sumber maklumat tersebut diperolehi.

Kita juga perlu ‘menyiasat’ maklumat penulis; kelayakan akademik penulis; adakah penulis tersebut pakar dalam bidang yang ditulisnya; dan kenal pasti artikel-artikel lain yang pernah dihasilkannya.

Bahan popular seperti majalah dan bahan rujukan akademik juga merupakan asas penting di dalam kita menilai sesuatu maklumat yang diterima.

Secara umumnya, kita tahu bahawa bahan-bahan popular sering memaparkan maklumat yang berbentuk pendapat dan kurang fakta jika berbanding dengan bahan-bahan akademik kerana tujuannya adalah untuk publisiti dalam melariskan bahan mereka.

Berbeza pula dengan maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan akademik yang dijalankan secara ilmiah, pengumpulan data secara formal dan berobjektif, setiap pandangan disokong oleh bukti, penyampaian secara sistematik dan yang paling penting ia tidak bersifat emosional.

Sememangnya kemampuan kita untuk mengumpul, memproses, mencari, mencapai dan mengagihkan maklumat yang sahih dan benar merupakan satu cabaran dalam mengurus maklumat dalam era maklumat dihujung jari pada masa kini.

Hal ini kerana golongan belia dan pelajar merupakan antara golongan yang terdedah dengan limpahan maklumat dari media-media elektronik.

Oleh itu, kita haruslah sentiasa berwaspada agar tidak mudah terperangkap dengan maklumat salah dan palsu, kerana ia bukan sahaja memberikan gambaran buruk terhadap sesuatu perkara atau seseorang, tetapi boleh menggugat keharmonian dan ketenteraman rakyat di negara kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita sama-sama berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan memastikan kesahihan sesuatu maklumat.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!