Tiga Syarikat Pemula Pememang Utama ‘Virtual Demo Day’ TPAB 2021

Tiga syarikat pemula (Start-Ups) iaitu SnappEd, Seed dan Kompia House telah dipilih sebagai pemenang utama ‘Virtual Demo Day’ TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp (TPAB) 2021 yang telah berlangsung pada 7 Ogos 2021.

SnappEd merupakan syarikat pemula yang telah mencipta sebuah aplikasi pendidikan sehingga berupaya membantu guru dan pelajar dalam menguruskan tugasan sekolah.

Selain itu, SnappEd juga merupakan sebuah aplikasi interaktif yang bukan hanya bertindak untuk memudahkan tugasan akademik pelajar, sebaliknya turut berfungsi untuk menjadikan interaksi antara pelajar, guru dan ibu bapa sebagai suatu pengalaman yang amat menyeronokkan.

SnappEd dianggotai oleh Iliyas Jamil, Wan Halim Wan Ali, Mohd Fahmi Sulaiman dan Azfar Zubri Safri.

SnappEd telah mencipta aplikasi pendidikan untuk membantu guru dan pelajar dalam menguruskan tugasan sekolah

SEED pula merupakan sebuah ilham sekumpulan pelajar dari Universiti Swinburne, Kuching yang membina sebuah aplikasi permainan kasual 2-dimensi berdasarkan prinsip falsafah Bruce Lee tentang air.

Aplikasi permainan kasual ini diberi nama Flow, di mana pengguna boleh menggerakkan telefon untuk mengawal aliran air dalam permainan itu.

SEED telah mencipta aplikasi permainan kasual 2-dimensi berdasarkan prinsip falsafah Bruce Lee tentang air

Idea penciptaan inovasi yang dicetuskan oleh Rahf Elmahdi, Riana Liau, Stephanie Emma dan Wong Ze Hao ini bermatlamat untuk membantu generasi milenial mengatasi tekanan akibat persekitaran semasa.

Manakala, Kompia House merupakan sebuah syarikat pemula makanan yang membuat kompia pelbagai perisa.

Kompia merupakan makanan ringan masyarakat Cina Foochow yang berasal dari Sibu namun makanan ini berjaya dibawa ke Kuching untuk dirasai oleh penduduk di Selatan Sarawak.

Kompia House telah memvariasikan perisa kompia kepada perisa moden

Syarikat pemula ini yang diterajui oleh Awang Amir Awang Mohammad dan Nur Huda Hamka telah menampilkan Inovasi seperti memvariasikan lagi perisa kompia kepada perisa moden seperti kompia Lotus Biscoff.

Ketiga-tiga syarikat pemula ini telah berjaya memenangi wang tunai berjumlah RM5,000 daripada Malaysian Global Innovation Innovation & Creativity Centre (MaGIC) serta pakej yang merangkumi sokongan pendaftaran syarikat daripada Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS).

Selain itu, mereka turut diberikan akses enam bulan ke platform mentor FutureLab, bantuan percuma daripada rakan ekosistem dan akses percuma selama tiga bulan di TEGAS Digital Innovation Hub di Kuching, Bintulu dan Miri.

‘Virtual Demo Day’ ini telah menyaksikan penyertaan 10 daripada 20 syarikat permula tempatan yang telah mengikuti program ini semenjak 1 Ogos yang lalu, membentangkan idea mereka kepada panel hakim, pelabur peringkat awal, Kerajaan Negeri serta rakan ekosistem TEGAS.

Bagi kategori MaGIC’s Honorary Award, Moredoor Interactive Sdn. Bhd dan WAT Academy masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM2,500.

Manakala, lima lagi syarikat pemula yang lain iaitu Clifton Food Asia, GoPasar, Blankskript Consultants Sdn. Bhd., Ben Raz Millions Resources Sdn. Bhd., Icarus GrowthLab (IGL) masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM1000 daripada MaGIC.

Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS, YB Datu Haji Len Talif Salleh sangat berbangga dengan dua puluh syarikat permula tempatan yang mengikuti program tersebut.

Hal ini kerana bagi beliau, ia benar-benar telah mencerminkan kemampuan dan potensi syarikat pemula tempatan dalam mendorong pertumbuhan ekonomi di Sarawak.

Beliau turut berterima kasih kepada penaja program iaitu Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), MaGIC, FutureLab, Amazon Web Services, GRAB, Borneo Digital dan kesemua rakan ekosistem TEGAS di atas sumbangan dan komitmen mereka dalam dalam membantu memacu inovasi digital dan keusahawanan di Sarawak.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Encik Amiruddin Abdul Shukor memberitahu bahawa pihak mereka sangat berbesar hati menjadi sebahagian daripada gerakan dalam memperkasakan inovasi untuk generasi baru yang akan datang.

Jelas beliau, kerjasama di antara MaGIC dan TEGAS ini adalah sesuatu yang agak unik dan mereka sentiasa percaya kepada transformasi usahawan muda yang berpandukan komposisi altruistik.

TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp ini merupakan platform bagi syarikat pemula mengembangkan idea mereka ke arah sesuatu yang lebih baik dan hebat untuk dunia.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif pitchIN, yang juga merupakan salah seorang hakim pada ‘Virtual Demo Day’ iaitu Encik Sam Shafie mengakui telah melihat banyak potensi dalam peserta-peserta syarikat pemula pada tahun 2021 ini.

Beliau juga mengatakan bahawa standard program TPAB 2021 ini telah meningkat dari tahun ke tahun.

Sehubungan itu, antara kandungan program yang telah disampaikan oleh pakar industri dan usahawan berpengalaman yang telah dijemput ialah, merangkumi topik seperti memulakan syarikat pemula, model perniagaan dan model kewangan, pembangunan produk, pengumpulan dana dan pitching.

TPAB merupakan program bimbingan satu minggu anjuran TEGAS yang direka khas untuk membawa perniagaan atau syarikat pemula peringkat awal untuk berkembang ke peringkat yang selanjutnya.

Kandungan program ini akan bermula daripada peringkat mengesahkan idea sehinggalah penciptaan minimum viable product (MVP) serta strategi go-to-market.

Para peserta dibimbing oleh mentor-mentor yang berpengalaman dan terkemuka dalam dunia start-up di Malaysia seperti Brian Tan (pengasas FutureLab), Arif Tukiman (pengasas RunCloud), Nadhir Ashafiq (pengasas The Lorry), Yeoh Chen How (pengasas Fave) dan ramai lagi.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!