Sarawak ID diperkenalkan bagi memudahkan akses dan transaksi perkhidmatan dalam talian yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak dengan satu identiti (ID).
Bagi merealisasikan hasrat untuk menjadi utiliti digital, Sarawak Energy akan menggantikan meter konvensional dengan meter pintar yang dilengkapi dengan ciri pemeteran canggih untuk pembacaan meter jarak jauh dan pemantauan bekalan elektrik berdasarkan penggunaan masa nyata.