Teknologi kecerdasan buatan atau dikenal sebagai Artificial Intelligence (AI) merupakan simulasi proses kecerdasan manusia yang dijana oleh mesin terutamanya sistem komputer dan aplikasi khusus AI termasuklah sistem pakar (expert system), pemprosesan bahasa semula jadi (natural language processing), pengecaman pertuturan (speech recognition) dan penglihatan mesin (machine vision).
Teknologi kecerdasan buatan (AI) telah menjadi komponen penting dalam pelbagai bidang termasuk pentadbiran, pendidikan, pertanian dan sebagainya kerana ia berupaya membawa transformasi dalam sesebuah organisasi dengan menawarkan penyelesaian yang lebih cekap, tepat, dan berkesan.