Kerajaan Sarawak telah mencadangkan penubuhan dana khas untuk membiayai projek-projek pertanian pintar, termasuk projek perintis oleh pelajar Kolej Universiti ICATS. Program PINTAR, yang menggabungkan pendidikan STEM dengan amalan pertanian pintar, bertujuan menarik minat belia terhadap sektor ini.