SarawakPass adalah inisiatif pendigitalan rangkaian perkhidmatan awam sebagai usaha penambahbaikan perkhidmatan kerajaan yang bertujuan untuk memudahkan interaksi di antara rakyat dengan kerajaan secara dalam talian dengan lebih lancar dan selamat.
Bandar Pintar adalah sebuah bandar yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kemajuan teknologi untuk menangani isu-isu perbandaran selain meningkatkan kualiti hidup, pertumbuhan ekonomi, kemampanan alam sekitar dan pengurusan bandar yang lebih efisien dan selamat.