mySRBN adalah inisiatif untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan pedalaman dan bandar Sarawak setelah bertahun lamanya, penduduk di daerah terpencil menyuarakan tentang keperluan untuk mempunyai internet berkelajuan tinggi.
Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (High-Speed Broadband Connectivity) adalah satu transformasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak di kawasan luar bandar bagi membolehkan masyarakat berhubung diantara satu sama lain dalam semua sektor termasuk ekonomi dan sosial.
Penubuhan Pusat Internet ialah untuk memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan.