Bagi merealisasikan hasrat untuk menjadi utiliti digital, Sarawak Energy akan menggantikan meter konvensional dengan meter pintar yang dilengkapi dengan ciri pemeteran canggih untuk pembacaan meter jarak jauh dan pemantauan bekalan elektrik berdasarkan penggunaan masa nyata.
Indeks Bangunan Hijau mampu meningkatkan mutu dan kualiti alam semula jadi ekoran konsep yang diterapkan dalam infrastruktur pembangunan adalah menitikberatkan bangunan mesra alam.