Secara dasarnya, Pusat Komuniti Digital (DCC) telah ditubuhkan untuk meningkatkan kemudahan dan kecekapan bagi semua komuniti untuk memperkasakan ekonomi digital.
TEGAS Digital Innovation Hub (TDIH) berfungsi sebagai platform inklusif untuk menyokong dan memperkasakan syarikat pemula dan perusahaan sosial peringkat awal di Sarawak.
Selain menawarkan perkhidmatan pinjaman buku, DCC Perpustakaan Desa Pekan Batu Kawa juga memiliki kemudahan tambahan seperti WiFi percuma, kemudahan multimedia seperti komputer dan komputer riba, Ipad, kamera web, projektor, skrin putih serta sebuah bilik seminar.