Kerajaan Sarawak telah membangunkan 45 buah Pusat Komuniti Digital (DCC) yang diselia oleh Pustaka Negeri Sarawak dan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG).
Secara dasarnya, Pusat Komuniti Digital (DCC) telah ditubuhkan untuk meningkatkan kemudahan dan kecekapan bagi semua komuniti untuk memperkasakan ekonomi digital.
Pusat Komuniti Digital (DCC) ditubuhkan sebagai satu usaha mewujudkan penggunaan digital secara inklusif khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dengan menyediakan platform teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sokongan dari segi infrastruktur digital dan perkhidmatan.
Established since 2020, the 42 Digital Community Centre (DCC) in Sarawak aims to empower the community by strengthening their digital skills so that no one is left out from the transformation of digital economic.
Tujuan program MYFutureJobs di DCC Kapit adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada pencari kerja awam khasnya untuk penduduk di sekitar Kapit selain memberi pendedahan kepada pencari kerja mengenai penggunaan portal pekerjaan MYFurureJobs.
Petugas-petugas di Pusat Komuniti Digital (DCC) daripada Program Latihan Pengukuhan Graduan Sarawak (GETS) turut membantu dalam perkhidmatan perundingan dan kaunseling berkaitan dengan teknologi digital serta membantu dalam perlaksanaan kerja-kerja perpustakaan sampingan, penganjuran seminar, bengkel ataupun program yang diadakan di DCC.
Kemudahan-kemudahan yang ada ini telah dapat membantu komuniti setempat menjalankan tugas-tugas harian yang banyak bergantung kepada internet seperti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR), pencarian maklumat, mencari kerja, urusan perniagaan dan sebagainya.
Pustaka Negeri turut memperkenalkan Modul Fotografi Produk bagi membantu usahawan memilih gambar yang lebih sesuai untuk mempromosikan produk mereka serta mengajar mereka mendaftar akaun di media sosial agar mereka mempunyai teknik dan strategi berkesan dalam mempromosikan produk-produk mereka.