Kewangan digital adalah sistem elektronik yang menggantikan sistem kewangan konvensional dengan penerapan teknologi komunikasi maklumat (ICT) seperti Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence), Program Komputer (API) dan Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apllication).
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenal pasti lima (5) keutamaan yang akan memperkukuhkan usahanya untuk menggalakkan sistem kewangan bagi meraih pertumbuhan jangka panjang, kesihatan planet dan kemakmuran bersama, antaranya dengan memajukan pendigitalan dalam sektor kewangan.