‘Semak Fakta’ Mengenal Pasti Maklumat Palsu

Salah satu teknik untuk mengenal pasti maklumat palsu adalah dengan menyemak fakta kerana kandungan yang tidak benar mudah tersebar di dunia siber dan kemungkinan besar kandungan tersebut telah dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda tertentu.

Sebagai contoh, ada pihak tertentu yang meminta derma untuk membantu keluarga yang tinggal di pondok usang dan tidak mempunyai sumber makanan, tetapi rupa-rupanya maklumat tersebut adalah tidak benar sebaliknya adalah penipuan semata-mata.

Semak kebenaran sesuatu maklumat atau berita melalu saluran yang sah

Contoh kedua ialah, anda telah ditawarkan pekerjaan di sebuah syarikat ternama dengan gaji lumayan namun, tawaran tersebut sebenarnya palsu dan dibuat oleh individu yang tidak ada kaitan langsung dengan syarikat tersebut.

Oleh kerana itu, anda harus lebih peka dan pastikan maklumat yang diperolehi adalah dari sumber yang sahih untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa maklumat palsu.

Hentikan penyebaran maklumat palsu dan beritahu kepada keluarga dan rakan anda supaya berhati-hati dengan apa sahaja maklumat-maklumat yang diterima malah, sentiasa menilai dan semak kesahihan sesuatu maklumat yang diterima.

Jika anda meragui kesahihan sesuatu artikel yang dibaca, atau foto yang dilihat atau video yang ditonton, anda harus membuat penilaian ke atas maklumat tersebut untuk dapat membantu anda menentukan kesahihan ataupun kepalsuannya.

Jangan berkongsi sesuatu maklumat atau berita sekiranya anda tidak pasti kesahihannya

Anda haruslah mengambil tahu daripada mana sumber maklumat tersebut kerana dengan cara ini ia akan menggerakkan anda untuk menyemak kesahihan penulis artikel, pengendali kaji selidik, atau penyiar video, dan ini boleh dilakukan melalui carian pantas di Internet.

Memastikan kesahihan sumber berita dan mengetahui prasangka mereka adalah lebih penting daripada mencari sumber tanpa prasangka memandangkan semua orang memiliki prasangka tertentu.

Anda juga harus mengenal pasti siapakah sasaran pembaca kerana semua maklumat mempunyai pembaca sasarannya, yang sering mengubah cara maklumat digambarkan dalam sesuatu berita.

Cara mudah untuk mengenal pasti pembaca sesuatu berita adalah dengan melakukan carian di laman tersebut kemudian, fahami maklumat yang disiarkan menurut pengenalpastian pembaca tersebut.

Anda juga harus mengenal pasti siapakah yang akan mendapat bayaran daripada maklumat yang disebarkan tersebut kerana hampir semua saluran berita dan penulis dibayar untuk hasil penulisan mereka di mana mereka memperolehi pendapatan iklan apabila pembaca ‘klik’ pada artikel mereka.

Sahkan berita dengan orang yang lebih layak seperti pihak berkuasa

Mengetahui sumber-sumber ini sangat penting kerana ia boleh membantu anda memahami kuasa sebenar di sebalik pemalsuan atau penghasilan sesuatu berita.

Semasa membaca sesuatu maklumat atau berita, perhatikan siapa yang untung, dan siapa yang rugi disebabkan impak sesuatu berita.

Kemudian tentukan sama ada anda selesa atau tidak dengan jawapan anda kerana ia boleh membantu anda memahami bagaimana berita ini mempengaruhi perilaku atau pemikiran anda.

Seterusnya, perhatikan sama ada terdapat maklumat yang ditinggalkan dalam sesuatu artikel misalnya, artikel yang menyediakan keputusan kaji selidik tanpa menjelaskan golongan dan bilangan peserta yang ditinjau, ataupun artikel yang mengandungi petikan tanpa konteks yang sebenar.

Peninggalan seperti ini dibuat oleh penulis untuk mendorong pembaca membuat kesimpulan yang jelas dan mudah.

Sebagai pembaca, anda harus mengkaji maklumat yang sepatutnya terkandung dalam artikel, dan sebab-sebab ianya tidak disertakan.

Apabila seseorang itu memperoleh sesuatu maklumat atau berita, seharusnya perkara utama yang perlu difikirkan adalah dari mana sumber berita itu, apa tujuan penyebarannya dan apa kesannya kepada masyarakat umum.

Siasat latarbelakang penulis atau penyebar maklumat tersebut

Dengan menggunakan pengamatan secara analisis sebaik-baiknya, nescaya kita dapat sedikit sebanyak mengenal pasti kesahihan maklumat berkenaan.

Jika anda menerima apa-apa maklumat, anda dinasihatkan agar terlebih dahulu meneliti kredibiliti penerbitnya kerana sesebuah artikel yang popular dalam kalangan pengguna media sosial tidak semestinya tepat isi kandungannya.

Terdapat maklumat yang terang-terangan datang daripada sumber yang meragukan dan boleh disanggah dengan mudah.

Namun begitu, jika maklumat-maklumat itu sukar untuk disahkan, kewujudan media arus perdana seperti laporan Berita Nasional dan Bernama misalnya, boleh dijadikan sandaran serta rujukan.

Terdapat juga laman sesawang berfungsi sebagai penyemak fakta (fact checker) seperti portal sebenarnya.my yang menyiarkan maklumat-maklumat sahih kepada orang ramai sekali gus memadam dakwaan-dakwaan palsu yang wujud.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, adalah menjadi peranan kita untuk memastikan rakyat tidak terbelenggu dengan masalah maklumat palsu ini.

Peranan kita sebagai ejen penghalang maklumat palsu adalah penting untuk memastikan ia tidak tersebar sehingga membawa kepada kemudaratan yang merugikan buat rakyat dan negara.

Jika tanggungjawab memerangi penyebaran maklumat-maklumat palsu ini dapat digalas oleh setiap masyarakat secara keseluruhannya, sudah pasti masalah ini dapat dihapuskan dengan efektif.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!