Artikel disesuaikan dari Program Kelestarian Hospital Hijau, Hospital Miri
Menurut Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong Siew Yu ketika ditemu ramah RAKAN Sarawak memberitahu, sejak 2015, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyarankan semua hospital di negara ini menerapkan konsep hospital hijau (green hospital concept).
Hal ini kerana, kita sedang berdepan dengan isu pemanasan global di mana apabila pemanasan global semakin meningkat, ia akan membawa banyak impak negatif terhadap alam sekitar kita.
Sejak 2015, pihak pengurusan Hospital Miri telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk mengatasi masalah ini dengan cara menerapkan konsep tenaga hijau (green energy) melalui Program Kelestarian atau Sustainability Program (SP).
Pelaksanaan SP terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu Pengurusan Tenaga atau Energy Management (EM); Kualiti Pengudaraan Dalaman atau Indoor Air Quality (IAQ); dan Program 3R (Reduce, Reuse, and Recycle).
pihak Hospital Miri amat komited dalam melaksanakan program kelestarian ini kerana ia selari dengan matlamat yang ingin dicapai menjelang 2025 iaitu sifar karbon (low carbon), penjimatan tenaga (energy saving), persekitaran selamat (safe environment) dan pengurangan sisa (waste reduction).
Secara dasarnya, kejayaan pihak Pengurusan Hospital Miri ini dalam melaksanakan Program Kelestarian turut diukur dengan mengambil kira pertimbangan kepada elemen amalan baik alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Baca lanjut : Program Kelestarian Hospital Hijau, Hospital Miri
