Perpustakaan Desa Diperkasa Sebagai Pusat Komuniti Digital

Kesemua 32 Pusat Komuniti Digital (DCC) yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Sarawak telah beroperasi sepenuhnya sejak 2020.

Ketua Unit Pendidikan Komuniti KPKT, Encik Lloyd Huffman Anak Miko

Menurut Ketua Unit Pendidikan Komuniti KPKT, Encik Lloyd Huffman Anak Miko yang ditemu ramah RAKAN Sarawak secara dalam talian baru-baru ini berkata, setiap DCC dilengkapi dengan WiFi; dua (2) unit komputer; satu (1) unit komputer riba; tiga (3) unit tablet; satu (1) unit projektor; satu (1) unit TV Pintar;  satu (1) unit kamera web; dan satu (1) unit mesin pencetak A4.

Encik Lloyd Huffman menjelaskan, antara kriteria-kriteria yang membolehkan sesebuah perpustakaan dinaiktaraf menjadi DCC ialah, sesebuah perpustakaan itu haruslah milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah bidang kuasa KPKT dengan pengenalpastian lokaliti yang setara antara bandar, sub-bandar dan luar bandar.

Selain itu, perpustakaan sedia ada itu harus dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti bangunan, ruang membaca, koleksi perpustakaan, kakitangan, bekalan elektrik dan bekalan air, talian telekomunikasi dan lain-lain.

Perpustakaan tersebut juga haruslah belum mempunyai kemudahan internet dan komputer, namun mempunyai statistik pengunjung dan kepenggunaan yang tinggi berserta dengan penglibatan komuniti setempat yang aktif.

Menurut beliau, anggaran kos untuk membangunkan sebuah DCC adalah sekurang-kurangnya;

  • RM100 ribu hingga RM200 ribu untuk penyelenggaraan fizikal bangunan luar dan dalam serta kelengkapan perabot bergantung kepada keperluan dan tahap bangunan yang diselenggara.
  • RM36 ribu untuk kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) termasuk multimedia

Beliau berkata, untuk membangunkan sesebuah DCC, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak cabaran yang perlu didepani.

Pertama ialah kekurangan peruntukan kewangan untuk menambah perkakasan dan menaiktaraf perisian ICT, menaiktaraf fizikal bangunan serta penyediaan ruang dan bilik untuk menjalankan pelbagai program, aktiviti, kursus, bengkel dan sebagainya.

Cabaran kedua ialah, kebanyakan kursus, program atau aktiviti tidak dapat dijalankan buat masa kini disebabkan penularan Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, struktur bangunan yang tidak stabil atau tidak sesuai untuk kegunaan orang awam dalam jumlah yang besar serta tiadanya kakitangan khas untuk mengendalikan DCC juga antara cabaran yang perlu didepani.

Seterusnya ialah, ketersediaan prasarana jaringan internet dengan kelajuan yang baik atau stabil perlu dinaiktaraf, kemudahan jalur lebar yang lebih efisien perlu disediakan malah ketersediaan petugas dari segi kompetensi dalam kemahiran digital juga perlu dititikberatkan.

Bagi melatih petugas-petugas yang bertugas di DCC, perancangan dan pelaksanaan latihan disediakan secara bersama oleh pihak KPKT, PBT dan agensi-agensi lain seperti Pustaka Negeri Sarawak dan Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE)untuk pelatih program GETS.

Sejak dilancarkan dan sehingga Mei 2021, sebanyak 518 buah kursus, program atau aktiviti telah dijalankan di DCC KPKT melibatkan 11, 421 orang peserta secara keseluruhan.

Tiga (3) unit tablet yang terdapat di DCC di bawah seliaan KPKT

Pada permulaan tahun 2020, dari segi penggunaan ICT, jumlah ahli yang mendaftar dan ahli aktif serta pengunjung dan pinjaman buku telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sebelum penurunan yang drastik kesan daripada pandemik Covid-19 yang menular di negara kita.

Sehubungan itu, Encik Lloyd Huffman memberitahu antara matlamat utama yang ingin dicapai oleh DCC ialah;

  • Menyediakan platform dan sokongan ICT di kawasan bandar dan luar bandar;
  • Meningkatkan kemahiran digital komuniti dan membina keupayaan bakat (ekonomi berasaskan kemahiran);
  • Meningkatkan kesedaran dan ketersediaan digital bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan; dan
  • Menawarkan usahawan tempatan dengan pembangunan sosioekonomi dan supply-chain

Beliau turut menjelaskan di mana terdapat sedikit perbezaan diantara DCC yang dikendalikan oleh Pustaka Negeri Sarawak dengan DCC yang dikendalikan oleh KPKT.

Perbezaan ialah dari segi pengurusan di mana DCC Pustaka diuruskan sepenuhnya oleh Pustaka Negeri Sarawak sendiri dengan kerjasama persatuan-persatuan dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) manakala DCC KPKT diurus oleh PBT tetapi diselia dan dipantau oleh KPKT sebagai agensi induk, namun objektif dan kemudahan untuk kedua-duanya adalah sama.

Sehubungan itu, beliau memberitahu KPKT sedang merancang dan menunggu kelulusan bajet daripada Kerajaan Sarawak untuk menambah baik peralatan ICT, perabot dan sebagainya supaya lebih ramai pengguna dapat menggunakan kemudahan DCC dengan lebih selesa.

Tiga (3) unit komputer yang disediakan untuk pengguna di DCC

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!