Memastikan Kesinambungan Pembangunan Ekonomi Rakyat di Sarawak

Dalam memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi rakyat di negeri Sarawak, golongan wanita turut menjadi fokus kerajaan kerana mereka juga memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan penduduk Sarawak.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pembangunan ekonomi secara digital untuk golongan wanita kerana kewujudan Teknologi Maklumat (IT) akan dapat memperkasa dan mengupaya wanita menjadi warga yang waja, dinamik dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup.

Dijangka lebih kurang ¾ daripada populasi di Sarawak akan celik IT serta menceburi perniagaan secara maya, malah semakin ramai golongan wanita di Sarawak turut didedahkan dengan pengetahuan e-dagang menerusi seminar dan bengkel yang diadakan di seluruh Sarawak.

e-Dagang merupakan satu proses penjualan dan pembelian yang dibuat secara dalam talian melalui perkakasan elektronik yang melibatkan proses pengiklanan, pesanan, pembayaran dan khidmat selepas jualan bagi perkhidmatan dan barangan.

Sekitar 1990-an, aktiviti e-Dagang telah berkembang pesat dengan menggunakan rangkaian internet yang mengintegrasikan pembeli dan penjual serta penyedia perkhidmatan dan sehingga kini penggunaan internet terus berkembang dan merupakan satu kemudahan penting masa kini.

Pada era globalisasi yang dihadiri teknologi canggih dan internet, golongan wanita perlu bersiap sedia dengan sentiasa mencari pendekatan bagi memastikan mereka berpeluang menjana dan meningkatkan pendapatan.

Semasa dunia dilanda pandemik Covid-19 sehingga menghad dan membataskan pergerakan fizikal di dalam dan antara daerah, IT telah menjadi penyelamat utama dalam penerusan kehidupan bermasyarakat dan kelangsungan kegiatan penjanaan pendapatan ekonomi.

Dengan bantuan IT dan pelbagai aplikasi digital, tempahan dan pesanan bahan-bahan mentah, makanan bermasak, pembelajaran resipi baharu telah dapat dijalankan dengan meluas.

Melalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah memanfaatkan sepenuhnya wadah digital untuk meneruskan usaha memperkasa dan mengupayakan wanita.

Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan ialah mengadakan kursus dan bengkel, latihan kemahiran, pemantapan institusi keluarga, pemasaran dan perniagaan yang dijalankan secara dalam talian melalui WWTC@Online Learning menggunakan aplikasi Zoom.

Selain golongan wanita, kerajaan juga turut memberi perhatian terhadap golongan peniaga kecil dan sederhana (PKS) serta masyarakat yang bekerja keras mencari pendapatan tambahan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Berikutan pembatalan bazar Ramadan di seluruh negeri disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan di seluruh negara beberapa bulan yang lalu, kerajaan telah membangunkan e-Bazar untuk memberi peluang kepada orang ramai berjual beli menggunakan teknologi digital.

Selain untuk memastikan kemeriahan sambutan bulan Ramadan terus dirasai meskipun bazar Ramadan telah dibatalkan, pada masa yang sama ini juga menunjukkan kesungguhan Kerajaan Sarawak menyokong platform digital dalam perniagaan.

Kerajaan turut menggalakkan orang ramai membeli ataupun memesan barangan keperluan seperti makanan secara digital melalui aplikasi HELPY.

Aplikasi HELPY telah dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Industri Terminal dan Keusahawanan (MINTRED) untuk memudahkan orang ramai menempah barangan secara digital.

Terdapat beribu produk yang boleh dibeli melalui aplikasi HELPY sekali gus dapat membantu para pengguna membuat pilihan untuk menempah barangan keperluan termasuk juadah berbuka puasa dengan penghantaran terus ke rumah pengguna.

Aplikasi HELPY mempunyai kelebihan kerana ia menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pengguna mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan sendiri oleh pembeli.

Servis penghantaran ini sangat diperlukan dan ‘wajib’ ditawarkan sepanjang tempoh PKP apatah lagi setelah kerajaan memutuskan untuk membatalkan bazar Ramadan di seluruh negara.

Platform e-Dagang iaitu aplikasi HELPY ini bukan saja telah memudahkan orang ramai untuk membeli barang keperluan, pada masa yang sama ia turut membantu para usahawan tempatan mempromosikan barangan mereka.

Aplikasi HELPY merupakan salah satu daripada platform e-Dagang di bawah program Bazaar Ramadhan Online Sarawakku Sayang (BROSS).

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!