Malaysia Berpotensi Menjadi Perintis Fintech Islam

Malaysia diyakini menjadi perintis dalam bidang kewangan digital atau fintech Islam di peringkat dunia berdasarkan kedudukan negara ini sebagai peneraju dalam sektor kewangan Islam.

Menurut Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Wira Dr. Rais Hussin, Malaysia juga berada di kedudukan kukuh untuk merebut pelbagai peluang yang ditawarkan oleh fintech Islam.

Berdasarkan maklumat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pinjaman bank-bank Islam telah berkembang sebanyak 8.9 peratus dari tahun ke tahun pada 2018 berbanding dengan 2.5 peratus yang dijana oleh bank-bank konvensional.

Jelas beliau, data daripada IMF tersebut menunjukkan peningkatan permintaan di peringkat global terhadap perkhidmatan kewangan yang patuh Syariah.

Beliau menambah, kewangan Islam telah bertapak teguh di Malaysia, iaitu mewakili 32 peratus kewangan kepada para pelanggan.

Walau bagaimanapun, menurut IMF, fintech Islam di Malaysia masih berada di peringkat awal dengan hanya penglibatan segelintir kecil syarikat pemula niaga (start-up) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Datuk Wira memaklumkan, kedua-dua kelompok dalam sektor perniagaan berkenaan juga tidak tangkas dalam melonjakkan potensi transformasinya berbanding dengan negara-negara lain seperti Indonesia.

Beliau bagaimanapun menyifatkan bahawa pertumbuhan fintech Islam di negara ini akan memberi impak terhadap pembangunan di kawasan luar bandar, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu.

Pertumbuhan tersebut juga menurut beliau akan menjadi tunjang bagi masyarakat Melayu dari segi peluang penyertaan kewangan unik yang dapat memastikan golongan ini mampu meningkatkan sumbangan terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara.

Di peringkat global, United Kingdom (UK) kini mendahului Malaysia, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perkembangan fintech Islam, iaitu sebanyak 27 fintech Islam yang sedang berkembang seperti yang dilaporkan oleh Fintech Futures pada Ogos 2020.

Setakat Julai 2020, IFN Fintech, iaitu sebuah rangkaian global yang mewakili segmen fintech Islam memaklumkan bahawa sebanyak 142 fintech Islam direkodkan di seluruh dunia.

Setakat ini, Malaysia mempunyai 19 start-up fintech Islam, diikuti UAE (15), Indonesia (13) dan Arab Saudi (9).

Perkembangan fintech Islam di UK menyaksikan syarikat-syarikat yang mesra Islam mula berminat dalam segmen kewangan Islam.

Sebuah platform e-kewangan patuh Syariah, iaitu My Ahmed telah dimasukkan ke sandbox pengawalseliaan (regulatory sandbox) Financial Conduct Authority (FCA) di negara tersebut pada Julai lepas.

Pada bulan yang sama, platform pinjaman rakan kepada rakan (P2P) Islam, iaitu Qardus telah melancarkan perkhidmatannya di UK.

Begitu juga Minted yang merupakan sebuah platform perdagangan emas patuh Syariah termasuk Kestrl, perbankan alternatif patuh syariah telah merancang untuk melancarkan bank digital pada tahun 2021.

Sejak Januari tahun ini, aplikasi perbankan Islam, Niyah dan bank digital patuh Syariah, Rizq juga telah dilancarkan di UK.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!