Maklumat Salah Selalu Ada Kesilapan dan Kekeliruan

Banyak orang berkongsi maklumat palsu sambil percaya sepenuhnya bahawa mereka sedang menyebarkan kebenaran kepada rakan dan keluarga mereka namun sebaliknya, fenomena ini dikenali sebagai “salah maklumat” dan jauh lebih biasa daripada yang mereka fikirkan.

Sekiranya seseorang tidak memeriksa fakta sumber sesuatu maklumat secara aktif sebelum berkongsi maklumat baharu, mereka mungkin berkongsi maklumat yang salah tanpa menyedarinya.

Demikian juga, sekiranya seseorang berkongsi artikel berita yang tidak disahkan lalu mempercayainya sebagai fakta, mereka mungkin menyebarkan maklumat yang salah tanpa mengetahuinya.

Jika terdapat sebarang keraguan terhadap sesuatu berita, sila buat semakan di portal Sebenarnya.my

Ketahuilah bahawa maklumat salah adalah maklumat palsu yang disebarkan dengan niat jahat walaupun maklumat yang salah dapat disebarkan dengan maksud positif dan bermanfaat, kerana biasanya maklumat salah dirancang untuk menipu dan memanipulasi pembaca atau penonton.

Apabila organisasi atau individu sengaja membuat dan berkongsi maklumat yang salah, mereka mengambil bahagian dalam “maklumat yang tidak betul”.

Kita harus sentiasa berwaspada dan letakkan di hati serta fikiran kita bahawa, maklumat yang salah selalunya ada kesilapan dan kekeliruan, sementara maklumat yang tidak betul adalah disengajakan.

Sekiranya seseorang sengaja membuat dan berkongsi naratif yang salah, mereka akan mengambil bahagian dalam maklumat yang tidak betul.

Maklumat salah yang disampaikan mungkin saja boleh dipercayai tetapi, kemudian apabila ia diubah akan mempengaruhi ingatan dan penaakulan orang lain setelah ia disebarkan.

Rujuk laman web yang boleh dipercayai atau cari jurnal berkaitan untuk mengetahui kesahihan maklumat

Maklumat yang salah berbeza dengan konsep seperti khabar angin kerana maklumat yang salah adalah maklumat yang tidak tepat yang sebelumnya tidak disangkal.

Menurut editor Web of Deception, Anne Mintz, “maklumat yang salah di internet, kaedah terbaik untuk menentukan sama ada maklumat bersifat fakta adalah dengan menggunakan akal”.

Anne Mintz turut menasihatkan para pembaca agar sentiasa memeriksa sama ada maklumat yang dibaca adalah masuk akal, juga sama ada pengasas atau pemberita laman web yang menyebarkan maklumat itu berat sebelah atau mempunyai agenda tertentu.

Sebagai seorang pembaca dan penerima maklumat, jangan terlalu mudah percaya akan maklumat yang disampaikan tanpa mengetahui rujukan yang digunakan oleh penyampai.

Jika ia merupakan pernyataan daripada badan-badan rasmi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), maka ia merupakan maklumat yang dianggap sahih.

Penyebar maklumat di media sosial seperti Facebook (FB), Instagram (IG), Whatsapp, Twitter dan lain-lain biasanya akan menggunakan nama pertubuhan berkaitan untuk menguatkan lagi kesahihan maklumat salah mereka.

Jika anda berada dalam situasi tersebut, pastikan anda menyemak laman web rasmi dan cari maklumat berkaitan dengan kiriman tersebut.

Jangan terlalu mudah percaya akan maklumat yang disampaikan tanpa mengetahui rujukan yang digunakan oleh penyampai

Jika maklumat yang disebarkan tidak mempunyai sumber yang sah, jalan yang paling selamat adalah untuk tidak mengendahkannya.

Jika anda ingin mengetahui kesahihan maklumat tersebut, pastikan anda merujuk kepada laman web yang boleh dipercayai atau cari jurnal berkaitan.

Berikut antara kaedah yang mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk netizen membezakan sama ada maklumat tersebut adalah sahih atau salah.

Pertama, penerima maklumat harus menyemak pautan atau sumber yang kadang-kadang dibuat supaya menyerupai sumber asli.

Kedua, penerima maklumat juga perlu menyemak tarikh serta gambar kerana mungkin fakta adalah betul tetapi peristiwa itu berlaku beberapa tahun lepas dan disebarkan seolah-olah berlaku sekali lagi.

Ketiga adalah dari segi bahasa yang digunakan, sama ada bahasa digunakan penuh dengan emosi, dakwaan yang keterlaluan atau kenyataan terlalu sensasi sehingga sukar untuk dipercayai.

Keempat, penerima maklumat perlu membuat rujukan sama ada maklumat yang diterima mempunyai rujukan untuk mendukung kenyataan atau dakwaan dibuat.

Panduan yang kelima ialah, penerima maklumat harus membuat perbandingan kerana, sekiranya tidak pasti sama ada maklumat berkenaan sahih atau sumbernya dicurigai, kita harus membuat perbandingan mengenai isu itu dengan merujuk kepada sumber yang berbeza.

Tindakan yang keenam ialah, verifikasi maklumat yang diterima seperti menggunakan mekanisme pencarian untuk mencari sumber asal maklumat terbabit daripada laman web atau akaun media sosial organisasi berkaitan.

Penerima maklumat juga boleh menelefon, menghantar e-mel atau mesej untuk memastikan kesahihan mana-mana maklumat yang meragukan.

Akhir sekali, berfikirlah terlebih dahulu dan jangan terlalu ‘jaguh’ hendak berkongsi apa saja maklumat yang diterima, dan sekiranya anda tidak pasti akan kesahihan sesuatu maklumat, adalah lebih baik jika anda tidak kongsikan kepada orang lain.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!