Dapatkan Berita Semasa dan Info Menarik di Aplikasi Sarawak Gov

Penggunaan telefon pintar (smartphone) yang mempunyai ciri pengkomputeran maju semakin popular dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Telefon pintar membolehkan pengguna memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Android, iOS (Windows Phone) dan Symbian selain menggunakan sistem pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembinaan aplikasi.

Pada masa dahulu, telefon pintar ini hanya mampu digunakan oleh warga korporat dan ahli perniagaan yang berjaya, tetapi kini telefon pintar juga mampu dimiliki oleh seluruh rakyat negara kita dari kanak-kanak, pelajar sekolah, orang dewasa sehinggalah warga emas.

Sehubungan itu, aplikasi telefon pintar yang menarik semakin banyak dibangunkan dan para pengguna berlumba-lumba memuat turun aplikasi canggih sesuai dengan keinginan dan kehendak mereka.

Tidak dinafikan, terlalu banyak aplikasi mudah alih boleh dimuat turun daripada Google Play Store mahupun Apple Store dan daripada berjuta-juta perisian tersebut, ada yang memiliki fungsi sama.

Namun, pemilihan aplikasi itu bergantung kepada kebijaksanaan pengguna untuk memilih yang terbaik demi keperluan peribadi tanpa membazir ruang ‘storage’ dalam peranti pintar masing-masing.

Kerajaan Sarawak juga tidak ketinggalan apabila berjaya membangunkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai ‘App Sarawak Gov’ dengan tujuan untuk menyampaikan informasi, maklumat atau perkembangan terkini yang berlaku di Negeri Sarawak kepada orang ramai.

Aplikasi Sarawak Gov dilancarkan pada 14 Mac 2017 oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, dan boleh dimuat naik dari google play store dan apps store bagi pengguna dalam pelbagai media telefon pintar dan peranti mudah alih.

Aplikasi Sarawak Gov mengandungi lapan (8) pautan

Aplikasi ini merupakan satu pendekatan agar masyarakat di Sarawak dapat mengikuti perkembangan semasa menerusi pautan-pautan yang memuatkan hampir kesemua berita mengenai Kerajaan Sarawak dan berita tempatan.

Pada masa yang sama, rakyat di negeri ini juga boleh mendapatkan maklumat dengan segera tentang kenaikan paras air dan kekerapan hujan di Sarawak, tempat-tempat menarik, tarikh acara penting dan sebagainya.

Hal ini kerana, Sarawak Gov menawarkan kelebihan eksklusif maklumat semasa, terkini, padat dan mudah digunakan, selain mempunyai  tujuh (7) kandungan utama iaitu;

  1. Berita Sarawak: Berita mengenai kerajaan Negeri Sarawak dan berita tempatan;
  2. Acara Sarawak: Acara yang dianjurkan di sekitar Sarawak oleh Kerajaan Sarawak dan acara awam;
  3. Cuaca Sarawak: Maklumat tentang kedudukan paras air sungai di Sarawak dan kadar taburan hujan;
  4. Pelancongan Sarawak: Maklumat mengenai tempat-tempat menarik (destinasi pelancongan) di Sarawak;
  5. Fakta & Perangkaan Sarawak: Maklumat mengenai Sarawak;
  6. Maklumat Bencana: Berita dan maklumat terkini mengenai bencana yang diisytiharkan;
  7. Aplikasi Rasmi Sarawak Seterusnya: Senarai aplikasi rasmi Kerajaan Sarawak yang lain;

Selain tujuh kandungan utama di atas, App Sarawak Gov juga mempunyai pautan Jejak Halal yang membolehkan pengguna mencari premis makanan yang berdekatan, membuat semakan mengikut skim seperti produk makanan dan minuman, rumah sembelihan, logistik, barang gunaan dan lain-lain.

Contoh video yang boleh diakses menerusi pautan ‘Video’ di App Sarawak Gov

Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk membaca bahan bercetak tetapi tidak mahu ketinggalan isu-isu semasa yang berlaku di Sarawak, mereka boleh membuka pautan Berita Sarawak untuk membolehkan mereka mengetahui berita semasa walau di mana saja mereka berada.

App Sarawak Gov sangat efisien kerana menyediakan maklumat terkini yang membolehkan para pengguna sentiasa mengikuti perkembangan semasa, malah ia memaparkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai bahkan segala maklumat penting boleh dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

Pengguna App Sarawak Gov boleh mendapatkan info tentang paras air di semua Bahagian dalam Sarawak

Aplikasi ini juga telah berjaya menyelesaikan masalah golongan-golongan yang terikat dengan waktu bekerja seperti kakitangan perubatan, guru dan sebagainya untuk mengikuti perkembangan berita kerana mereka tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca akhbar, majalah dan sebagainya.

Istimewanya juga ialah, ia sangat mudah digunakan kerana ciri-cirinya yang mesra pengguna, segala maklumat boleh didapati dengan mudah dan segera, justeru ia sebenarnya adalah satu kemudahan yang perlu dimanfaatkan oleh semua orang.

Misalnya maklumat seperti paras air, ramalan cuaca, premis makanan, produk makanan, rumah sembelihan, logistik dan sebagainya yang boleh diakses menerusi telefon bimbit adalah satu medium yang sangat bagus yang mungkin tidak terdapat dalam mana-mana aplikasi yang lain.

App Sarawak Gov bukan hanya dibangunkan untuk kegunaan rakyat Sarawak tetapi untuk para pelancong yang datang ke negeri ini kerana ia dapat membantu pengguna mendapatkan maklumat untuk dihubungi jika mereka ingin menyertai sebarang aktiviti yang bakal dianjurkan.

Antara paparan tempat-tempat menarik yang boleh dilihat melalui pautan ‘Pelancongan’ di App Sarawak Gov

Bagi mereka yang suka melancong atau mengembara, sudah pasti aplikasi ini sangat berguna kerana ia dapat menghubungkan mereka ke pautan eBooking sekali gus memudahkan mereka membuat tempahan di pusat penginapan dan pusat pelancongan secara dalam talian dengan lebih pantas.

Pelbagai maklumat mengenai tempat-tempat pelancongan dan produk pelancongan baharu boleh dilihat di App Sarawak Gov seperti di Kuching iaitu Muzium Sejarah Cina, Taman Negara Gunung Gading, India Street, dan di Bintulu misalnya Menara Kidurong dan Taman Negara Similajau.

Sebenarnya masih banyak tempat-tempat pelancongan yang menarik di Sarawak belum pernah didengar atau diketahui sendiri oleh anak-anak jati Sarawak, tetapi dengan adanya App Sarawak Gov, anda kini boleh melakukan ‘penerokaan’ dengan sepuas-puasnya.

Maklumat tentang kekayaan budaya dan adat yang dipaparkan dalam App Sarawak Gov ini akan mampu menarik minat orang luar untuk berkunjung ke Sarawak bagi merasai sendiri keunikan tersebut.

Antara pautan-pautan ke perkhidmatan lain yang boleh dihubungkan menerusi App Sarawak Gov

Sesetengah pengguna menyifatkan App Sarawak Gov ini sebagai “peta dunia” yang mampu membuka minda orang luar untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Sarawak serta perkembangan yang berlaku di negeri ini. App Sarawak Gov yang turut menghubungkan pautan-pautan ke perkhidmatan lain seperti Sarawak Pay, Talikhidmat, eBooking Sarawak, Sarawak Travel, Rainforest Festival Guide dan SEB cares (dikendalikan oleh Sarawak Energy Berhad) sudah tentu memudahkan serta memberi manfaat besar kepada para pengguna.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!