Pusat data diperlukan untuk menyokong operasi perniagaan, aplikasi digital dan perkhidmatan berasaskan internet dengan menyediakan infrastruktur yang selamat dan boleh dipercayai. Antara contoh pusat data ialah iCloud, Google Drive, Microsoft Cloud dan lain-lain lagi.
Semikonduktor ialah komponen penting peranti elektronik, membolehkan kemajuan dalam komunikasi, pengkomputeran, penjagaan kesihatan, sistem ketenteraan, pengangkutan, tenaga bersih dan banyak lagi.
Industri semikonduktor merujuk kepada keseluruhan proses pembuatan, pengeluaran dan pengedaran komponen elektronik yang menggunakan bahan semikonduktor.
Pemeteran Tenaga Bersih atau dengan singkatan NEM (Net Energy Metering) membolehkan pengguna elektrik membekalkan tenaga elektrik dari penjanaan di kediaman sendiri.
SarawakPass adalah inisiatif pendigitalan rangkaian perkhidmatan awam sebagai usaha penambahbaikan perkhidmatan kerajaan yang bertujuan untuk memudahkan interaksi di antara rakyat dengan kerajaan secara dalam talian dengan lebih lancar dan selamat.
Sarawak ID diperkenalkan bagi memudahkan akses dan transaksi perkhidmatan dalam talian yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak dengan satu identiti (ID).
Hari ini, perkhidmatan mobiliti baharu yang lebih mesra alam seperti skuter elektrik, penyewaan basikal, perkongsian kereta dan sistem parkir pintar sedang berkembang pesat dan boleh mengurangkan kesesakan, pencemaran dan kebergantungan pada kereta milik persendirian.
Malaysia semakin berkembang menjadi hab teknologi untuk pengasas di peringkat antarabangsa sehingga disenaraikan sebagai destinasi untuk syarikat permulaan terbaik ke-11 di dunia.
Ekosistem Digital dan Inovasi Sarawak atau singkatannya Sarawak Digital merupakan salah satu inisiatif pemangkin yang dilaksanakan SDEC sejajar dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak (2018-2022) dan Strategi Pembangunan Pasca COVID (PCDS) 2030 ke arah mencapai Sarawak maju menjelang 2030.