Malaysia sedang mengorak langkah menjadi salah satu hab teknologi dan inovasi pilihan di Asia Tenggara

Rantau Asia merupakan ‘rumah’ kepada hab teknologi dan inovasi yang menjadi pusat kerjasama untuk idea digalakkan, dikongsi dan dikembangkan, seterusnya membuahkan hasil yang ketara seperti peningkatan dalam syarikat permulaan yang fokus pada teknologi, pengembangan ekonomi dan pertumbuhan dalam pasaran pekerjaan.

Perkembangan ini penting untuk kemajuan benua tersebut sebagai petanda yang memberangsangkan bahawa rantau Asia mempunyai beberapa kawasan tumpuan pembangunan dalam perkembangan teknologi.

Singapura merupakan salah satu daripada destinasi tumpuan. Selain menjadi pusat kewangan global, Singapura juga bersedia untuk menjadi Lembah Silikon Asia dengan syarikat teknologi gergasi seperti Google, Amazon, Salesforce, Facebook dan Grab telah pun menubuhkan pusat penyelidikan mereka di negara berkenaan.

Antara syarikat-syarikat lain yang dijangka menubuhkan pusat penyelidikan di Singapura termasuklah Alibaba, Tencent dan ByteDanc.

Jika menjadi realiti, kesemua syarikat berkenaan berpeluang menerokai pasaran besar berdekatan dan memanfaatkan iklim perniagaan yang menguntungkan Singapura yang penuh dengan insentif cukai dan sokongan kerajaan.

Dalam perkembangan ini, Singapura merupakan perintis dan beberapa negara Asia yang lain pantas mengejar dan menjadi hab teknologi dalam haluan masing-masing.

Berikut merupakan enam (6) daripada negara-negara tersebut:

Malaysia

Menurut Expatbets dalam panduan terperinci tentang Malaysia, negara kita ini juga merupakan salah satu negara paling mewah di rantau Asia Tenggara dengan ekonomi yang dirangsang oleh sektor pembuatan berkembang maju, industri pelancongan yang berkembang pesat dan sektor teknologi baru muncul yang menyediakan peluang untuk para pengasas dan usahawan teknologi turut berkembang maju.

Malaysia sedang mengorak langkah menjadi salah satu hab teknologi dan inovasi pilihan di Asia Tenggara

Tidak hairanlah jika Malaysia semakin berkembang menjadi hab teknologi untuk pengasas di peringkat antarabangsa sehingga disenaraikan sebagai destinasi untuk syarikat permulaan terbaik ke-11 di dunia.

Kedudukan yang tinggi ini didorong oleh Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS), iaitu sebuah program yang membantu usahawan teknologi dan inovator mencuba perniagaan mereka dalam suasana langsung yang memberi peluang ke tahap pelancaran komersial yang berjaya.

Selain itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah bekerjasama menyediakan Kemudahan Bantuan Pendanaan Permulaan Teknologi (TSFRF) dengan peruntukan RM100 juta yang bertujuan membantu syarikat permulaan yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Korea Selatan

Seperti Malaysia, Korea Selatan juga merupakan sebuah negara yang makmur. Menurut ranking Global Finance, Korea Selatan berada di kedudukan ke-32 terkaya di dunia dan ke-11 secara keseluruhan di Asia.

Kekayaan yang diperolehi diterjemahkan kepada taraf hidup yang tinggi dan membolehkan kerajaan Korea Selatan melancarkan program yang bertujuan untuk menjadikan negara itu sebagai hab utama untuk pemula teknologi.

Kerajaan Korea Selatan melancarkan program yang bertujuan menjadikan negara itu sebagai hab utama untuk pemula teknologi

Secara khususnya, ibu negara Korea Selatan, iaitu Seoul adalah sebuah destinasi paling menarik untuk pengasas dan usahawan teknologi berdasarkan sokongan kerajaan yang tertinggi ke atas per kapita untuk syarikat permulaan.

Malah, pada 2017, kerajaan negara tersebut memperuntukkan USD9 bilion dalam pembiayaan teroka untuk syarikat permulaan dalam teknologi awam dan swasta.

Bukan sahaja bandar raya Seoul yang mendapat sokongan kuat kerajaan, malah juga bantuan kewangan juga diberikan kepada perniagaan di seluruh negara.

Maka, tidak mengejutkan apabila syarikat teknologi gergasi seperti Google dan SparkLabs Global Ventures mempunyai ibu pejabat di Korea Selatan dan beberapa buah syarikat lagi dijangka akan mengikuti jejak kedua-dua syarikat tersebut.

China

Negara China merupakan sebuah monolit ekonomi yang sedang berkembang dan mempunyai reputasi dalam perkembangan teknologi yang cerah dan masih berkembang sebagai lubuk teknologi dan inovasi.

Reputasi yang dimiliki China dipamerkan sepenuhnya di Beijing sebagai sebuah ibu kota yang luas yang menempatkan hab teknologi Zhongguancun.

Negara China merupakan antara kuasa besar ekonomi dunia yang turut berkembang sebagai hab teknologi dan inovasi

Zhongguancun telah ditubuhkan sejak tga (3) dekad lalu dengan tujuan utamanya ialah untuk mempelajari apa yang terdapat di Silicon Valley dan direplikasi di China.

Hari ini, sebanyak kira-kira 9,000 syarikat teknologi terdapat di Zhongguancun, termasuk gergasi carian dalam talian Baidu, penyedia e-dagang JD.com dan syarikat teknologi Lenovo.

Sokongan berterusan daripada kerajaan untuk hab berkenaan di samping kedudukannya yang terletak berdekatan dengan universiti dan institusi penyelidikan berprestij dijangka akan meningkatkan kemasukan lebih banyak syarikat-syarikat teknologi ke hab berkenaan.

Tidak mustahil jika kerajaan China menubuhkan hab teknologi lain selain Zhongguancun dalam usaha negara itu memperkukuh reputasi cemerlang sebagai destinasi teknologi dan inovasi.

Vietnam

Jika dilihat dalam tempoh 30 tahun lalu, Vietnam tersenarai antara negara termiskin di dunia. Namun, siri pembaharuan ekonomi dan politik yang dinamakan ‘Doi Moi’ menjadikan ekonomi negara berkenaan beransur pulih dengan pertumbuhan ekonomi berkembang pada 6-7% setanding dengan China.

‘Keajaiban’ tersebut didorong oleh peralihan Vietnam kepada ekonomi terbuka yang membolehkan usahawan menjalankan perniagaan di negara tersebut serta pelaburan yang besar dalam pembangunan infrastruktur.

Keutamaan kepada pelaburan besar-besaran dalam teknologi maklumat dan pemberian insentif kepada pelabur adalah antara penambahbaikan yang dilakukan kerajaan Vietnam terhadap industri teknologi negara tersebut

Sejak kebelakangan ini, kerajaan Vietnam telah melakukan penambahbaikan industri teknologinya, mengutamakan pelaburan besar-besaran dalam teknologi maklumat dan memberi insentif kepada pelabur.

Insentif yang paling ketara ialah Pengecualian Cukai Pendapatan Korporat (CIT) selama empat (4) tahun, 10% CIT selama 15 tahun dan 50% pengurangan cukai selama sembilan (9) tahun.

Di samping itu, kerajaan Vietnam giat membina banyak taman teknologi di mana pengasas dan usahawan teknologi boleh menjangkakan pengecualian sewa tanah.

Indonesia

Negara Indonesia adalah kepulauan terbesar di dunia yang turut berada di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi yang besar.

Buktinya boleh dilihat dengan kemunculan negara itu sebagai hab teknologi dan inovasi yang mendapat sokongan kuat Presiden Joko Widodo yang mempunyai visi menjadikan Indonesia sebagai ekonomi digital terbesar di Asia Tenggara.

Kerajaan Indonesia mempunyai visi menjadikan negara tersebut sebagai hab teknologi dan ekonomi digital terbesar di Asia Tenggara

Malah, pentadbiran Presiden Widodo baru-baru ini telah melancarkan program Nexticorn yang menjanjikan syarikat permulaan tempatan bekerjasama dengan para pelabur antarabangsa untuk pembiayaan peringkat akhir.

Usaha tersebut membuahkan hasil yang lumayan apabila Indonesia kini merupakan penerima modal teroka kedua terbesar di rantau ini selepas Singapura.

Negara kepulauan nusantara itu juga sudah mempunyai empat unicorn, atau syarikat permulaan bernilai sekurang-kurangnya USD1 bilion.

Hasil daripada sokongan padu kerajaan dan potensi pasaran besar negara dengan populasi 260 juta orang, iaitu 60% daripadanya berumur di bawah 40 tahun, lebih banyak syarikat baharu dijangka membuka perniagaan di Indonesia.

India

Sebagai negara kedua paling ramai penduduk, India juga merupakan salah satu destinasi terbaik untuk pengasas dan usahawan teknologi dan inovator.

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif CBRE India, Anshuman Magazine, India kini menjadi ‘rumah’ kepada peningkatan bilangan unicorn berteknologi yang mengganggu.

Akses yang lebih baik kepada program inkubator dan pemecut serta pangkalan bakat mahir dalam teknologi maklumat telah membawa kepada peningkatan reputasi India sebagai destinasi tumpuan teknologi dan inovasi

Jelas beliau, akses yang lebih baik kepada program inkubator dan pemecut serta pangkalan bakat mahir dalam teknologi maklumat telah membawa kepada reputasi negara itu yang semakin meningkat sebagai destinasi tumpuan teknologi dan inovasi.

Perkembangan tersebut banyak berlaku di bandar Bengaluru, India, seperti Shanghai di China dan Singapura yang merupakan antara lima (5) lokasi teratas Asia-Pasifik untuk firma teknologi.

Bandar tersebut menjadi destinasi pilihan disebabkan ranking yang tinggi dari segi keadaan perniagaan, persekitaran inovasi, kecekapan kos dan sokongan pertumbuhan perniagaan daripada kerajaan.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah Bengaluru mampu menarik kedua-dua syarikat teknologi tradisional dan moden, seterusnya meningkatkan reputasi India sebagai lubuk inovasi.

*Dipetik dari artikel asal: 6 tech hubs in Asia for founders and entrepreneurs – Tech Collective Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here