DCC Sebagai Pusat Latihan dan Bimbingan Peniaga Pemula

Pusat Komuniti Digital (DCC) ditubuhkan sebagai satu usaha mewujudkan penggunaan digital secara inklusif khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dengan menyediakan platform teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sokongan daripada segi infrastruktur digital dan perkhidmatan.

Dikendalikan oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Pustaka Negeri Sarawak dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH), DCC dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti internet jalur lebar, peralatan komputer riba dan tablet, peralatan siding video digital, komputer mikro, koleksi buku serta maklumat digital dalam talian dan sebagainya.

Pengguna dapat mengakses internet dengan kemudahan komputer dan internet jalur lebar yang disediakan di DCC

Oleh itu, DCC menjadi tempat terbaik untuk peniaga-peniaga pemula memulakan perniagaan kerana di samping dapat memanfaatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan, mereka juga berpeluang menyertai program-program yang diadakan serta mendapatkan khidmat nasihat serta bimbingan.

Hal ini kerana DCC berfungsi sebagai pusat pembangunan kemahiran dan bakat, selain sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan masyarakat, rundingan dan kaunseling, serta pusat pertemuan belia.

Seperti yang kita sedia maklum, DCC berperanan sebagai pusat pembelajaran yang menyediakan pelbagai latihan, program kesedaran dan penglibatan komuniti, malah turut berfungsi sebagai pusat kemahiran digital komuniti dan membina keupayaan bakat (ekonomi berasaskan kemahiran).

Kemudahan internet jalur lebar memberi manfaat kepada pelajar untuk mencari maklumat untuk tujuan pembelajaran

Matlamatnya adalah untuk memastikan Negeri Sarawak akan terus maju sebagai hab ekonomi digital di rantau ini, dan melalui projek tersebut, ia mampu meningkatkan lagi pengetahuan digital dalam kalangan komuniti setempat.

Ramai dalam kalangan masyarakat luar bandar yang ingin menjalankan perniagaan secara dalam talian, maka kewujudan DCC di kawasan mereka harus dimanfaatkan sepenuhnya kerana banyak kelebihannya seperti penggunaan teknologi terkini, penjimatan kos dan keluasan jaringan perniagaan.

Bertepatan dengan matlamat menawarkan usahawan tempatan dengan pembangunan sosioekonomi dan rantaian bekalan (keusahawanan sosial), DCC kini memainkan peranan penting sebagai pusat latihan dan bimbingan untuk pemula-pemula peniaga memulakan perniagaan mereka.

Sejak beberapa tahun belakangan ini, Kerajaan Sarawak komited dalam usaha memperkasa usahawan Bumiputera Sarawak dengan membantu mereka membangunkan platform perniagaan secara digital bagi tujuan pemasaran produk.

Setiap DCC yang dibiaya oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dibekalkan dengan Flipboard TV

Oleh itu, pembangunan keusahawanan turut menjadi salah satu fokus utama di DCC dalam usaha memperkasakan usahawan tempatan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

Pelbagai program keusahawanan digital wajar dilaksanakan di DCC bagi membimbing usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran lebih luas menerusi platform e-dagang.

DCC harus menjadi pusat terbaik untuk melatih usahawan tempatan membangunkan produk daripada segi penjenamaan dan pembungkusan, melatih usahawan membuat “business pitching” dan “elevator pitching” serta melatih mereka mengembangkan perniagaan menggunakan kaedah digital.

Banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari oleh pemula-pemula peniaga ini misalnya membina jenama produk, ujian makmal produk, mencipta kod produk, dan membimbing mereka cara memohon sijil halal dan sebagainya yang berkaitan dengan produk.

DCC menggalakkan penggunaan Ipad atau tablet untuk membantu komuniti setempat mencari maklumat

Oleh itu, pihak pengurusan DCC perlu memperbanyakkan program seperti kursus dan bengkel keusahawanan di DCC bagi membantu mereka membangunkan perniagaan serta memasarkan produk mereka bukan sahaja di dalam Malaysia tetapi di seluruh dunia.

Berbicara tentang DCC, kemungkinan besar ramai di kalangan masyarakat kita yang agak keliru dengan perbezaan fungsi atau peranan DCC dan perpustakaan desa di tempat masing-masing.

Fungsi dan peranan DCC berbeza dari perpustakaan desa kerana ia lebih menjurus kepada penggunaan teknologi digital bagi melengkapkan komuniti setempat untuk lebih celik teknologi maklumat (IT) dan meningkatkan kemahiran literasi digital secara langsung.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di DCC sebelum ini antaranya, bengkel kemahiran asas mencipta poster; kemahiran menghasilkan resume; e-Business melalui media sosial; kelas bimbingan Microsoft; 3D Arts; Aktiviti Digital Kanak-kanak; Kelas Literasi Maklumat; Program PANDeI; dan Info kerja.com.

Usaha kerajaan untuk memperkasakan ekonomi digital harus disambut baik oleh semua pihak walaupun di kampung-kampung keadaannya agak perlahan kerana sekurang-kurangnya, masyarakat di kawasan luar bandar tidak lagi ketinggalan dalam arus digitalisasi.

Tidak dinafikan, kerajaan mempunyai perancangan tersendiri termasuk inisiatif memperbanyakkan menara telekomunikasi namun, apa yang penting ketika ini ialah, masyarakat sendiri harus mula berjinak-jinak untuk mengadaptasi cara kehidupan baharu yang sedikit sebanyak semakin berubah.

Projek DCC ini akan kekal menjadi pusat latihan berkaitan digital untuk membawa komuniti setempat ke arah pendigitalan sekaligus mendedahkan mereka kepada dunia luar.

Pewujudan DCC ini juga adalah untuk meningkatkan ‘visibility’ program digital serta menggalakkan penyertaan usahawan luar bandar untuk menyertai pelbagai program yang diadakan.

Program-program ini bertujuan mempersiapkan komuniti luar bandar terutama generasi muda dengan kemahiran-kemahiran digital dan reka cipta yang tinggi agar mereka boleh mengambil peluang yang wujud berdasarkan situasi masa kini yang menggerakkan kepada dunia digital.

Pelaksanaan projek DCC adalah satu-satunya usaha untuk mendigitalisasikan kawasan luar bandar kerana masih banyak kawasan luar bandar yang memerlukan banyak suntikan khususnya dalam penyediaan infrastruktur berkaitan. Salah satu objektif pelaksanaan projek DCC adalah untuk memberi sokongan kepada komuniti luar bandar memulakan perniagaan mereka (start-up) dengan menyediakan kemudahan-kemudahan digital seperti internet jalur lebar, peralatan komputer riba dan tablet, komputer mikro serta maklumat digital.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!