Pusat Internet Memberi Impak Besar Kepada Komuniti

Pusat Internet Malaysia merupakan inisiatif yang telah diwujudkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS).

Projek yang dilaksanakan dengan pelbagai syarikat telekomunikasi seperti syarikat Telekom Malaysia (TM) bertujuan menyediakan perkhidmatan jalur lebar untuk membolehkan komuniti luar bandar menjalankan urusan dengan lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit.

Antara objektif penubuhan Pusat Internet ialah untuk memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan.

Pusat Internet menyediakan latihan kepada penduduk seperti pengenalan asas komputer, internet, dan aplikasi elektronik seperti e-Kerajaan, e-Pembelajaran dan e-Dagang.

Baru-baru ini, RAKAN Sarawak telah mengunjungi Pusat Internet Kampung Sungai Rangei, Mukah dan menemu ramah penolong pengurus dan beberapa orang pengunjung pusat internet tersebut.

Menurut Penolong Pengurus Pusat Internet Sg Rangei Pn Agatha Wisterina Stephen, pusat internet tersebut telah memberi banyak manfaat kepada usahawan kerana mereka telah didedahkan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Selain memberi latihan yang lebih menjurus kepada keusahawanan dan ICT, pusat internet ini turutmenyediakan servis percetakan, mengimbas, fotostat, lamina dan zon internet tanpa wayar (wifi zone) kepada penduduk tempatan.

Pusat ini pada dasarnya mahu menggalakkan golongan usahawan muda yang mahu menjalankan perniagaan secara dalam talian memaju serta mengembangkan perniagaan merekakerana kerajaan telah membekalkan20 buah komputer iaitu 10 untuk bilik latihan dan 10 untuk melayari internet.

Pengurus dan penolong pengurus pusat internet memainkan peranan yang sangat penting kerana merekalah yang dipertanggungjawabkan untuk membimbing warga komuniti yang datang ke pusat itu. 

Sulaiman bin Maliki, 19, dari Kampung Tutus Hilir memberitahu, dia suka mengunjungi pusat internet kerana pelbagai aktiviti ada dijalankan, malah dia juga dapat mempelajari cara hendak mencari maklumat seperti berita, isu-isu semasa serta berkomunikasi dengan rakan-rakan melalui media sosial.

Dia memberitahu, pengurus dan penolong pengurus banyak membimbing serta mengajar golongan belia menggunakan komputer serta mencari maklumat dari internet.

Dia bersyukur dan gembira kerana pusat internet diwujudkan di kawasan mereka membolehkan anak-anak muda mengisi masa lapang kerana sebelumnya, anak-anak muda lebih banyak menghabiskan masa di rumah untuk tidur, menonton televisyen, melepak dan sebagainya.

Bagi Zuhardi Bin Zunaidi, 13, dari Kpg Sungai Ragei (Mukah), dia kerap datang ke pusat internet kerana mahu belajar menggunakan komputer selain daripada bermain game dan melayari internet.

Zuhardi hanya mempunyai kemahiran menggunakan komputer setelah diajar oleh pengurus pusat interne, itu pun atas nasihat daripada ibunya..

Mohd Haziq bin Husaini, 13, dari kampung Sungai Ragei pula hanya akan datang ke pusat internet apabila diajak oleh kawan-kawan.

Dia tidak mengunjungi pusat internet setiap hari cuma kalau ada masa terluang dan biasanya dia akan pergi ke pusat internet pada pukul 1 petang dan balik pada pukul 5 petang.

Dia suka mengunjungi pusat internet kerana boleh bertemu dengan kawan-kawan, dan boleh mengakses internet kerana di rumah mereka tidak ada liputan internet.

Sebagai lepasan sekolah, pusat internet ini sangat penting untuk golongan belia seperti Abdul Ra’uf Awang Daud, 20, dari kampung Ragei untuk mencari kerja melalui internet.

Bagi beliau, pusat internet sangat bermanfaat buat penduduk kampung kerana mereka boleh menggunakan internet untuk mencari maklumat, mencari kerja, membuat kerja dan fotostat dokumen.

Sebelum adanya pusat internet, anak-anak muda lebih banyak menghabiskan masa dengan melepak di jalan namun, setelah adanya pusat internet, anak-anak muda lebih banyak menghabiskan masa di sini berbanding merayau-rayau di pasar dan sebagainya.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!