Sarawak Pay Semakin Mendapat Sambutan

Sejak dilancarkan pada November 2017, aplikasi tanpa tunai atau e-dompet Sarawak Pay kini mencatatkan 13,789,499 transaksi urus niaga dengan nilai wang berjumlah kira-kira RM588,252,980.

Peningkatan jumlah transaksi tersebut menunjukkan bahawa Sarawak Pay semakin mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pengguna berdaftar di negeri ini yang seramai 443,396 orang dan 64,254 peniaga dalam tempoh tiga tahun sejak dilancarkan.

Menurut Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, data tersebut juga menunjukkan bahawa terdapat hampir setengah juta pengguna telefon pintar di negeri ini yang menggunakan Sarawak Pay.

Beliau menambah, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak Mac lalu berikutan pandemik COVID-19 menjadi faktor peningkatan jumlah pengguna aplikasi e-dompet berkenaan.

Situasi tersebut membuatkan pengguna merasakan lebih selamat untuk membeli barangan keperluan dan sebagainya secara tanpa tunai yang tidak melibatkan sentuhan berbanding dengan menggunakan wang tunai.

Ketua Menteri mengakui bahawa sambutan daripada orang ramai terhadap Sarawak Pay tidak begitu menggalakkan ketika aplikasi milik Kerajaan Sarawak tersebut mula-mula diperkenalkan.

Namun, berikutan pelaksanaan PKP, penggunaan Sarawak Pay menunjukkan peningkatan yang menggalakkan.

Jelas beliau lagi, antara golongan yang sudah mula menggunakan Sarawak Pay termasuklah para nelayan di Kampung Buntal, Kuching yang menjalankan aktiviti perniagaan ketika dalam tempoh PKP.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian pelancaran Sarawak Pay dan Rangkaian WiFi Percuma di Pasar Sentral Sibu pada 16 September 2020.

Pasar Sentral Sibu menjadi pasar basah perintis transaksi tanpa tunai di negeri ini apabila semua peniaga menggunakan Sarawak Pay.

Tambah Ketua Menteri, selain memudahkan urus niaga di pasar berkenaan, Sarawak Pay diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif Kerajaan Sarawak untuk memperluaskan penggunaan teknologi digital dalam semua urusan.

Pasar yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung luar tersebut memiliki lebih 1,000 buah gerai jualan barangan keperluan harian termasuk hasil hutan, barangan runcit, gerai makanan dan pakaian.

Langkah yang diambil oleh pihak pengurusan Pasar Sentral Sibu akan meningkatkan lagi penggunaan transaksi tanpa tunai yang semakin diterima baik oleh masyarakat negeri ini.

Setakat ini, Pasar Sentral Sibu mencatatkan jumlah peniaga teramai yang menggunakan Sarawak Pay.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!