Kemudahan V-Satelit Untuk Manfaat Komuniti di Luar Bandar

Baru-baru ini, Kerajaan Sarawak telah meluluskan penggunaan teknologi baharu V-Satelit berharga lebih kurang RM50 juta di bawah kendalian Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) bagi menambah baik liputan jalur lebar untuk manfaat komuniti di kawasan luar bandar Sarawak.

Inisiatif ini dilaksanakan berikutan banyak syarikat telekomunikasi enggan menyediakan liputan jalur lebar di kawasan luar bandar atas alasan pasaran yang tidak cukup walaupun Kerajaan Sarawak sudah menyediakan kemudahan menara telekomunikasi.

Kelebihan teknologi V-Satelit ialah, ia mempunyai kelajuan 30-megabit sesaat (mbps) berbanding jalur lebar asas yang hanya berkelajuan lebih 256 kilobit sesaat (kbps).

Dengan panambahbaikan ini, ia sudah pasti akan memudahkan usahawan, peniaga, penternak dan petani di luar bandar menjual produk mereka serta berhubung dengan para pembeli.

SMA telah diarahkan untuk membina bangunan dan menyediakan teknologi V-Satelit terbabit secepat mungkin supaya ia boleh digunakan oleh penduduk luar bandar di negeri ini dalam tempoh empat atau lima tahun lagi.

Jalur lebar mempunyai banyak kepentingan kerana membolehkan masyarakat di luar bandar berhubung dengan sanak saudara, rakan, pelanggan dan rakan niaga pada bila-bila masa menerusi media sosial seperti facebook, whatsapp, wechat dan Instagram.

Penyediaan kemudahan capaian jalur lebar membantu membawa masyarakat luar bandar ke arus perdana era digital

Jalur lebar telah banyak memberi manfaat kepada pengusaha kecil dan sederhana (PKS) kerana mereka dapat menggunakan rangkaian media sosial seperti facebook, Instagram dan whatsapp mempromosikan produk merekasehingga dapat menembusi pasaran antarabangsa.

PKS juga dapat memilih pembekal yang menawarkan harga terendah, memperolehi maklumat pasaran seperti harga dan kadar tukaran wang, perbankan internet dan sebagainya.

Jalur lebar turut memberi manfaat kepada golongan pelajar kerana membolehkansesi pembelajaran menerusi telesidang dilaksanakan tidak kira di mana mereka berada.

Pelajar akan mudah memuat turun data dan membuat rujukan melalui penyediaan bahan ilmiah, mengadakan perbincangan secara maya dan perkongsian maklumat terkini dan juga membuat pembelian buku atau barangan terpakai melalui kemudahan pembelian secara dalam talian.

Bagi golongan belia, mereka dapat memanfaatkan media sosial dan blog untuk berkongsi minat, hobi dan kegemaran bersama rakan-rakan lama dan baharu dari dalam dan luar negara, memuat turun bahan hiburan secara percuma, mengikuti pertandingan secara dalam talian dan sebagainya.

Jalur lebar turut membantu tenaga pengajar berkongsi maklumat, kandungan subjek atau kursus antara sekolah atau institusi pengajian tinggi di lain-lain daerah, negeri atau negara, selain membolehkan mereka berbincang mengenai kemajuan murid dengan ibu bapa secara dalam talian.

Kemudahan jalur lebar juga membolehkan petani, penternak dan nelayan menjalankan pembelajaran jarak jauh dalam merancang aktiviti pertanian, penternakan, perikanan untuk tujuan pengurusan yang lebih efektif (perkongsian ilmu dalam talian) dilaksanakan.

Lelongan haiwan ternakan secara dalam talian bagi tujuan manfaat harga tertinggi juga boleh dilakukan malah nelayan boleh menyemak keadaan cuaca sebelum ke laut.

Bagi suri rumah pula, jalur lebar telah membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti masakan, jahitan, kraf tangan, pengurusan rumah tangga dan penjagaan anak-anak.

Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan penyelesaian masalah dengan kaum ibu melalui talian sembang, forum, blog dan laman media sosial.

Pada masa kini, ramai di kalangan suri rumah telah bekerja dari rumah secara dalam talian untuk membantu meningkatkan pendapatan keluarga, membeli belah secara dalam talian tanpa keluar rumah dan mengikuti perkembangan terkini yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara.

Disebabkan itulah Kerajaan Sarawak menerusi SMA mewujudkan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meningkatkan hubungan jalur lebar ke kawasan-kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh Sarawak.

Pihak SMA juga turut mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan telekomunikasi melalui V-Satelit sebagai penyelesaian interim dalam mengatasi masalah telekomunikasi yang dialami oleh masyarakat pedalaman. 

Menurut pihak SMA, menara yang dipasang tidak semestinya tinggi seperti menara lain akan tetapi ada yang hanya diletakkan di bangunan-bangunan dan mungkin dipasang di atas permukaan tanah yang rendah dan tidak boleh dilihat oleh sesiapa.

Pihak SMA berharap agar masyarakat luar bandar dapat terus memberikan kerjasama untuk memudahkan usaha pembinaan menara dan perkhidmatan komunikasi dijalankan dengan sempurna.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!