Teroka Pelbagai Kemahiran Menerusi Pembelajaran Peribadi

Pembelajaran peribadi biasanya diklasifikasikan sebagai proses pembelajaran di rumah, pendidikan dewasa, pendidikan berterusan dan persekitaran pembelajaran kendiri.

Pembelajaran dari rumah biasanya dilakukan secara tidak formal, dikendalikan oleh ibu bapa atau tutor, malah terdapat pelbagai persekitaran pembelajaran di rumah pada masa kini, misalnya pembelajaran secara dalam talian.

Bagi pendidikan dewasa, ia merupakan proses untuk orang dewasa mendapatkan ilmu dan kemahiran misalnya melalui kursus-kursus yang diikuti di kolej-kolej atau universiti-universiti.

Bagi orang dewasa yang bekerja, mereka mendapat ilmu dan kemahiran melalui Latihan Perkhidmatan Staf (LPS).

Pendidikan berterusan pula merupakan usaha yang ada pada individu untuk menyambung pembelajaran di universiti atau kolej bagi mendapatkan sijil, diploma, ijazah dan sebagainya.

Terdapat pelbagai kaedah pendidikan berterusan seperti kuliah, pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara dalam talian.

Persekitaran pembelajaran kendiri merupakan keadaan di mana individu belajar mengurus dan mengawal pembelajaran mereka sendiri.

Pelajar menentukan matlamat pembelajaran dan mengurus pembelajaran kendiri mereka sehingga boleh mencapai matlamat pembelajaran tersebut dan bersedia untuk berinteraksi dengan mana-mana pihak bagi memastikan dirinya dapat maklumat secukupnya.

Pembelajaran secara dalam talian mengatasi sempadan geografi Gambar: https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/matrikulasi-1536×1028.jpg

Gabungan pembelajaran secara formal dan tidak formal merupakan kombinasi terbaik bagi persekitaran pembelajaran kendiri.

Dalam pembelajaran peribadi, pelan adalah satu aspek yang sangat penting kerana ia akan membantu seseorang individu mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan bidang penambahbaikan mereka selain mencipta peta jalan untuk mencapai matlamat peribadi dan profesional.

Pelan pembelajaran peribadi ini juga amat penting kerana ia dapat menjadikan proses pembelajaran menjadi teratur dan sistematik.

Menurut Puan Khairul Adila Faizin dari Perak dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan, pelan pembelajaran peribadi amat penting kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran lebih mudah dan teratur.

Puan Khairul Adila Faizin Gambar: https://www.youtube.com/watch?v=WJx8TBa12yQ&t=10s

Dalam pembelajaran alaf ke-21, terdapat beberapa kemahiran penting yang harus dikuasai oleh seseorang individu antaranya ialah Kemahiran Pemikiran Kritis, Kemahiran Komunikasi dan Kemahiran Kreatif dan Inovasi.

Kemahiran pemikiran kritis adalah satu proses pemikiran secara terbuka tanpa menerima bulat-bulat idea atau pendapat yang dikemukakan sebelum menganalisis kewajaran sesuatu maklumat yang diterima.

Pemikiran kritis adalah satu proses pemikiran yang penting kerana ia membuktikan bahawa seseorang itu mempunyai prinsip yang tersendiri tanpa mengikut secara membuta tuli.

Bagi Khairul Adila, terdapat beberapa cara untuk mencapai kemahiran pemikiran kritis ini iaitu dengan menyoal setiap pendapat; mencari bukti dan sokongan pada sumber yang boleh dipercayai; mencari sudut pandangan alternatif; dan membuat keputusan berdasarkan prinsip yang tersendiri.

Seterusnya ialah kemahiran komunikasi yang juga disifatkan sangat penting bagi beliau yang bekerja sebagai seorang jururawat kerana perlu berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik supaya setiap maklumat dapat disampaikan dengan tepat.

Beberapa cara untuk mencapai kemahiran komunikasi ini antaranya dengan berlatih ekspresi muka pada cermin; melibatkan diri dalam memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit secara berkala; dan memperbanyakkan pembacaan ilmiah untuk meningkatkan kemahiran dari segi penulisan.

Seterusnya kemahiran kreatif dan inovasi di mana sebagai seorang yang bergelar pelajar, ibu dan juga isteri, kemahiran kreatif amat perlu supaya pembelajaran menjadi lebih menarik, sistematik dan teratur.

Untuk mencapai kemahiran ini, Khairul Adila akan mengenal pasti cara pembelajaran yang sesuai; belajar melalui video youtube dan gambar rajah menarik yang terdapat dalam laman sesawang; dan membuat peta minda dengan warna dan gambar rajah yang menarik.

Bagi Mohd Shafarul Azlin bin Ahmad, adalah sangat penting untuk kita mempunyai pelan pembelajaran peribadi kerana ia dapat membantu kita meneroka kemahiran khusus agar berjaya dalam pelbagai aspek kehidupan.

Mohd Shafarul Azlin bin Ahmad Gambar: https://www.youtube.com/watch?v=nZSPDvkQYrk&t=18s

Mohd Shafarul merupakan seorang pelajar sambilan Bachelor of Medical and Health Sciences (BMHS) Open University Malaysia (OUM).

Sebagai pelajar sambilan dan individu yang sedang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Perubatan di salah sebuah Klinik Kesihatan (KK), terdapat tiga kemahiran penting yang perlu dimiliki iaitu;

  1. Kemahiran Celik Digital
  2. Kemahiran Menyelesaikan Masalah
  3. Kemahiran Kolaborasi

Menurut beliau, sistem pembelajaran di OUM pada hari ini kebanyakan adalah secara dalam talian, justeru, ia secara tidak langsung telah mendorong beliau untuk menguasai penggunaan gajet serta aplikasi yang dibangunkan oleh OUM seperti model dan perantara kelas talian utama iaitu google meet.

Pada masa kini, kebanyakan google meet menjadi platform perantara kelas talian utama Gambar:https://www.letsdive.io/blog/recording-google-meet-meeting-all-you-need-to-know

Selain itu, dalam menyiapkan tugasan, penggunaan aplikasi seperti Kanva, Carian Google, Google Sekolah serta teknologi kecerdasan buatan (AI) yang sangat membantu beliau sebagai pelajar.

Secara tidak langsung, ia memberi impak besar terhadap kerjaya beliau dengan mempraktikkan penggunaan sistem dan aplikasi tersebut dalam menyalurkan maklumat kepada kakitangan klinik serta menghasilkan infografik digital yang penting di KK tempat beliau bekerja.

Sebagai pelajar dan juga pekerja, Mohd Shafarul juga perlu mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah kerana masalah utama yang dihadapinya adalah kekangan masa yang boleh menyebabkan fokus beliau terhadap pembelajaran sedikit terganggu.

Cara beliau mengatasi masalah ini adalah, setiap kali menghadiri kelas secara dalam talian, beliau akan mengamalkan pendengaran aktif ketika tutor sedang memberikan tutorial, dan jika terdapat kekeliruan atau kesukaran untuk memahami apa yang disampaikan, dia akan terus bertanya.

Selain itu, dalam menyiapkan tugasan, Mohd Shafarul akan meneliti setiap soalan dan menjadikannya sebagai peta minda.

Dengan itu, lebih mudah untuk beliau mendapatkan bahan rujukan serta isi-isi penting untuk menyelesaikan soalan-soalan.

Bagi Mohd Shafarul, berkomunikasi dengan rakan-rakan dan tutor adalah penting dalam beliau menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Kerana itu, beliau menyifatkan Kemahiran berkomunikasi ini memberikan impak yang sangat baik dalam perkembangan kerjaya beliau untuk masa hadapan.

Dalam pembelajaran di OUM, terdapat tugasan di mana setiap pelajar diwajibkan untuk melibatkan diri secara aktif di dalam forum.

Setiap orang wajib untuk menjawab soalan dan memberikan pendapat menyokong atau membangkang kepada jawapan tersebut.

Untuk melakukan tugasan tersebut, bukan suatu perkara yang mudah kerana tanpa kerjasama semua pihak, proses pembelajaran ini tidak akan terjadi.

Dalam situasi ini, dapat dilihat bagaimana setiap pelajar berkolaborasi dan berlapang dada dalam meraikan perbezaan.

Kemahiran kolaborasi ini sebenarnya sangat penting di dalam kerjaya Mohd Shadarul sebagai salah seorang penjawat awam dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ianya sangat bertepatan dengan misi KKM iaitu kerja berpasukan.

Kemahiran kolaborasi ini penting bagi mewujudkan komunikasi yang berjaya menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kemahiran kerjasama yang baik akan membantu mewujudkan persekitaran kerja yang positif dan produktif.

Kesimpulannya, pelan pembelajaran peribadi memberi manfaat kepada individu untuk belajar di rumah, pendidikan sepanjang hayat, dan pembelajaran mandiri.

Program seperti pembelajaran secara dalam talian memungkinkan orang belajar tanpa hadir secara langsung di kampus.

Manakala, budaya membaca, menyelidik, berfikir reflektif, menulis jurnal, dan membuat portfolio dapat memajukan pembelajaran.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!