20 Syarikat Pemula Sertai Program Pre-Accelerator Bootcamp 2021

Sebanyak 20 syarikat pemula tempatan telah dipilih untuk menyertai program Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) Pre-Accelerator Bootcamp (TPAB) 2021 yang berlangsung dari 1 hingga 7 Ogos 2021.

Syarikat-syarikat pemula yang telah terpilih ialah; Clifton Food Asia; Borneo Scarves; The Market; SnappEd; Kompia House; GoPasar; Kiyoomi Enterprise; Fixcolab; Seed; Moredoor Interactive Sdn. Bhd; Cloud Design Studio; TravGether; Flibz; YCollection;

Headstream; Blankskript Consultants Sdn. Bhd; Ben Raz Millions Resources Sdn. Bhd.; FarmforAll Enterprise; WAT Academy; dan Icarus GrowthLab (IGL).

Penyertaan bagi Program TPAB 2021 ini adalah dibuka untuk semua syarikat pemula dan perusahaan sosial dengan sekurang-kurangnya seorang pengasas berasal dari Sarawak.

Program TPAB ini disokong oleh rakan ekosistem TEGAS iaitu Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Malaysian Global Innovation Innovation dan Creativity Centre (MaGIC), FutureLab, Amazon Web Services, GRAB dan Borneo Digital.

Pengasas Bersama Biji-Biji Inisiatif dan Me.reka, Encik Rashvin Pal Singh merupakan salah seorang mentor Program TPAB 2021

Melangkah ke tahun keempat dan tahun kedua secara maya, program TPAB merupakan program bimbingan satu minggu yang direka khas untuk membawa perniagaan atau syarikat pemula (startup) ke peringkat awal untuk berkembang ke peringkat yang selanjutnya.

Pada dasarnya, program ini bertujuan untuk mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan di Sarawak, sejajar dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018- 2022.

Melalui program ini, para peserta akan dibimbing dalam pengesahan idea, mencipta produk berdaya maju minimum (MVP)sehinggalah kepada Strategi Pemasaran (strategi go-to-market).

Menurut Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS, YB Datu Haji Len Talif Salleh, program TPAB bertujuan membantu mempercepatkan pertumbuhan syarikat pemula dan perusahaan sosial sekaligus membantu dalam memacu inovasi digital dan keusahawanan di Sarawak.

Peserta akan dibimbing cara pengesahan idea dan mencipta produk berdaya maju minimum (MVP)

Tambah beliau, menjelang tahun keempat dalam mengendalikan program TPAB, TEGAS melihat program TPAB ini telah menjadi satu platform yang baik untuk para usahawan muda di Sarawak dalam menyusun dan mengesahkan idea inovatif mereka sebelum diniagakan ke pasaran.

Sehubungan itu, kandungan program ini akan disampaikan oleh pakar industri dan usahawan yang berpengalaman, merangkumi topik seperti memulakan syarikat pemula, model perniagaan dan model kewangan, pembangunan produk, pengumpulan dana dan pitching.

Sempena program ini juga, peserta akan dipersiapkan untuk ‘Demo Day’ secara maya bagi memilih tiga peserta terbaik yang berpeluang untuk membentangkan idea mereka kepada pelabur pemula serta mendapatkan laluan hijau untuk menyertai program TEGAS Startup Lab, TEGAS Social Impact Accelerator dan Sarawak Shell LiveWIRE.

Pemenang ‘Demo Day’ juga akan menerima hadiah yang merangkumi sokongan pendaftaran syarikat daripada TEGAS, akses enam bulan ke platform mentor FutureLab, bantuan percuma daripada rakan ekosistem dan akses percuma selama tiga bulan di TEGAS Digital Innovation Hub di Kuching, Bintulu dan Miri.

Antara mentor yang terlibat bersama dalam menjalankan program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif FutureLab, Encik Brian Tan; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Biji-Biji Inisiatif dan Me.reka, Encik Rashvin Pal Singh;

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama RunCloud, Encik Arif Tukiman; Pengasas Mindswitch, Puan Zaharah Malim; Pengarah Urusan CentaCube, Puan Sharifah Rafidah; Presiden Persatuan FinTech Malaysia, Puan Karen Puah;

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif pitchIN, Encik Sam Shafie; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama TheLorry, Encik Nadhir Ashafiq; Pengasas bersama Fave, Puan Yeoh Chen Chow; Pengasas bersama Borneo Digital, Encik AR Mohd dan Ketua Pegawai Produk Kumpulan Aerodyne, Encik Razwan Zakaria.

Info Penting Tentang TEGAS Digital Innovation Hub
TEGAS Digital Innovation Hub (TDIH) berfungsi sebagai platform inklusif untuk menyokong dan memperkasakan syarikat pemula dan perusahaan sosial peringkat awal di Sarawak. 
Dibiayai oleh kerajaan Sarawak dan dikendalikan oleh Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), TDIH menawarkan akses ke ruang kerja yang berpatutan, pendidikan keusahawanan dan program pecutan serta akses ke rangkaian Ekosistem Keusahawanan Inovasi Sarawak.

More from author

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related posts

Advertismentspot_img

Latest posts

Penggunaan e-Permit Dalam Mengimport Bahan Tanaman ke Sarawak

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin, Jabatan Pertanian Sarawak menetapkan semua Permit Import hanya sah untuk tempoh tiga bulan sahaja, dan setiap permit hanya boleh digunakan untuk satu konsaimen import sahaja bagi memastikan pengurusan yang teratur.

Jadual Hidrostatik dan iTimC Tingkatkan Efisiensi dan Ketepatan Pentaksiran Royalti

Royalti kayu yang dikutip bukan saja memberi pulangan kepada kerajaan, juga memberi manfaat kepada rakyat seperti pembinaan kemudahan infrastruktur dan penyediaan bekalan air bersih melalui Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan (CESS FUND) serta sokongan kepada sektor pendidikan di Sarawak.

Sustainability in Action

The Hari Terbuka Keusahawanan Sosial Belia (HTKSB) showcased Sarawak's social entrepreneurs, inspiring youth to pursue impactful business models that address community issues and promote sustainable development

Want to stay up to date with the latest news?

We would love to hear from you! Please fill in your details and we will stay in touch. It's that simple!